|
|
| Monday, 17-Nov-2008 00:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tumble Tot's Graduation Day!
|
|
It was so colourful! am soo damn excited to snap the very cute Dian in Snow White costume (siap dengan bakul bawak sweets lagi , the twin princess Elise n Elisa,Emily the adorable girl, Lana the Superman, Ibza in Batman suit, Ayra the Royal Princess...oo semuanya bergaya sakan in costume parade..and not forgotten cheeky Umar complete with the tie and Kylene the angel girl.All of them were really having a good time.
In short, it was happening with all the gals n boys running around and jerit2 during the games. It was fun! I oso enjoyed it!I am actually very impressed with all the kids here.They are very brilliant, high self discipline as well as self confidence,
avtive and energetic. mmm.. Kalau ada chance, memang nak register my both Luqmans at Tumble Tots .
TQ to Wan Munera n Deqnor for introducing mommyluqmans to Tumble Tots and BIG thanks to you Mathilda for having me around.
Happy Viewing!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 3-Nov-2008 06:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Khadija is 1!
|
|
It's PINK party! The sweet birthday girl Khadija is soo attached to her mother.Sekejap jer dia dok sendiri. Then, dia dah carik mana mommy dia. Tapi, Deja mmg tetap cute ok! dengan gown bright pink itew and the big brother Adam sememangnya comei dari dulu.
Actually this party was held together dengan open house. At first, I was quite mencari-cari mana all the kids nih...Then, bila dah petang sikit... tu dia, ramai betul kids yang comel-comel. Sayang sangat sebab Aqim n Azim couldn't make it.Kalau tak, mesti excited dapat jumpa ramai kawan. It's ok, bila-bila boleh jumpa lagi
Before party, Deja's mommy pesan, yang paling penting, ambik masa cake cutting tau.Permintaan ni buat saya saspen plak. hahahahah . So viewers, enjoy the pics
p/s:Honestly, thank you jiji for this chance Really appreciate it.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 26-Oct-2008 02:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Open House rumah sapa ni?
|
|
Open house rumah maklong mmm..deco superb! memang maklong husband n wife pandai meghias rumah. Ala-ala hotel gitu .... kekeke. Tapi mommy tak sempat nak snap deco yang cantik sebab tgah solat. Lepas dah siap, tengok-tengok tetamu dah penuh...Deco dah berubah. SOrry la Kak Long. Lain kali kita snap lagi
Btw, ada sikit gambar si cilik yang datang malam tu. EnjoY!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 24-Oct-2008 06:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Both Luqmans were admitted at Pantai Cheras
|
|
huh... Alhamdulillah, semua dah selamat. Discharged at 10am this morning. Started with the
little brother, berjangkit kat abang plak. They were attacked by HFM virus. Seb baik tak
critical. Demam tak teruk sangat, tapi ulser mmmm.. kesian mommy tengok. Tapi, mommy tahu,
anak2 mommy kuat. Kuat untuk tahan sakit tu. Mommy selalu pujuk : " ok...abang, adik...semua
good boy kan? U must be strong OK?" Kakak ni nak buat dressing... so, abang n adik kena tahan
ok... Tak sakit .."Tapi sebenonya sakit tu woo... cuci ulser pakai air garam.. pedih beb!
OK la, banyak lagi benda nak setel since I am out of office for this whole week. Till then, bye!
p/s: Doakan kami sihat sentiasa dan dilindungi Allah selalu
oopss.. Sorry. Mommy sambung sikit. Mommy upload gambar derang masa kat hospital
Day 1:
Ulser dalam mulut Haqim n Hazim teruk sangat. The 'airliuh' pouring merata-rata..hhehhe..kesian
dia.
Day2:
Pagi masih teruk. Belom boleh makan and minum sangat. Mommy puas laa umpan dengan Vitagen,
Ribena, yogurt, ais krim...semua tak jalan.
Bila dah petang sikit, mommy bawak 'the new gang' untuk temankan Haqim and Hazim They were
sooo happy.. Mommy pun happy sama. Ulser dia pun dah kurang, dah boleh start makan n minum.. tu
dia... bantai Nutrigen 10 botol. kekekke..Takpelah..janji anak2 mommy sihat yer
Day3:
Alhamdulillah.dah ok. Tengok ni, dah naughty cam basa... Anak sapa ni?
Yang ni buat mommy saaayang sangat a Hazim, tak nangis pun masa nurse bukak balutan tuh Good
Boy...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 20-Oct-2008 02:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
It's Luqman's first time to Aunt Jiji's place
|
|
|
mmm... Rumah ni memang sangat cantik! Deconya membuatkan saya tak habis-habis memuji. Bersih je plak tuh.Memang salute la kat ko Jiji. Sorry ek, citer pasal rumah dulu baru nak citer pasal kids yang comel nih. Anyway, cuba tengok kat bawah ni. Ada gaya nak mengorat tak?
|
|
|
|
|
|
| Monday, 20-Oct-2008 02:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
We were up in Genting Highland!
|
|
Hi! Actually mommy dah lama plan nak bawa anak2 mommy ni g jenjalan. Konon nak kumpul sumer family members.Tapi, maklum jela, dah ramai-ramai, susah gak nak gather. Raya ari tu pon tak cukup corum Takplah, try again next time. - - - > maybe Bukit Merah Lake Town Resot? or Lost World of Tambun? Any idea viewers?
Monday, October 13, 2008
Btw, moasa baru sampai kat Genting View Resort,mommy dah rasa lain macam. Sah! Demam... so, lepas makan terus relax and tidor.Sedar2 kul 3. mmm..So plan nak naik Genting Theme Park terpaksa ditunda esok walaupun Aqim dah puluh2 kali tanya: "Mommy,biler kita nak pegi Genting Harland ni?" . Petang tuh, terus pulun Panadol Actifast. Esok dah dapat kubayangkan camner punya kelam kabut.hihi...
Tuesday, October 14, 2008
mmm...It's the TIME! woooo Both Luqmans were really excited! Macam-macam perangai ader.Nangis, ketawa, gaduh berselang-seli. Mommy sampai rasa nak patah kaki kejor depa. Kejor yeop kejor!
So viewers, enjoy!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 20-Oct-2008 00:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Raya di Kuala Lumpur :)
|
|
mmm...Tahun ni kami mulakan dengan lawatan ke rumah Aunty Saliza. Aunty ni memang pandai sangat menjahit. Cantik sangat baju kurung yang dia jahit untuk the 2 adorable cute girls Tapi, tak ambik gambo sebab susah nak soh depa try baju raya tuh .kkekeke..Kecoh dibuatnya bila 5 soldiers on the move...Habis kerusi tuh disorong-sorong satu rumah.
So, this entry is for you Aunty Sally!
p/s: TQ for the buah tangan yang penuh satu beg tuh serunding tu sedap
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 8-Oct-2008 07:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Corat Coret AidilFitri 2008 !
|
|
Assalamualaikum semua...
Seronok beraya? Bagi kami, alhamdulillah meriah Dari minggu last bekerja tu sebenarnya dah tak sabar-sabar nak balik kampung.
Tunggu hari Jumaat jerk
Sabtu pagi-pagi kami dah bergerak balik kampung.OOOOOO... bestnya! Pasang lagu "Balik kampung...oooo balik kampung, Hati girang".Sepanjang perjalanan dari KL ke Muar
pasang lagu raya jer memanjang.Aqim dengan Azim ni siap goyang-goyang kepala lagi.Layaaannnn..
Sampai jer kat Muar, atok dah tunggu. alahai...sayu sangat rasa hati, nampak sangat mak ngan abah happy bila nampak kami dah sampai.Saat-saat macam ni, memang rasa macam iklan TV plak. Terbayang cemana agaknya perasaan mak bapak yang anak2 tak balik beraya.sob sob..sedih..So, kawan-kawan kat luar sana, semua balik kampung kan?
Saya terus jer unpack semua barang-barang susun dalam lemari, anak bujang saya dah start main kejar-kejar kat rumah atok dia. Saya pulak, dah tak sabo nak tengok baju rayaaa!!!... Hehehe...Saya memang beruntung sangat dapat mak pandai jahit baju.Maklah yang jahitkan baju saya dari dulu sampai sekarang,memang tak dinafikan, setiap helai baju yang saya gayakan hasil jahitannya, adalah sangat ISTIMEWA buat saya.
Bukan baju tu saja yang membuat saya terharu, tapi NILAI KEIBUAN dan kasih sayang yang dicurahkan semasa mak menjahit baju tu membuat saya rasa bertambah sayu, sayang, gembira, terima kasih, syukur,sentiasa nak peluk mak, semua bercampur baur.TERIMA KASIH mak ... mmmuahhzz.. Mak memang no.1 in the world hehhehe
OK...Berbalik pada baju tadi, mak siapkan dua pasang songket untuk saya. Biru dan maroon.uuuuu...Sangat cantik okkk... (hahhaha...jangan marah ek.sendiri puji)
Pastu, saya tolong mak beli barang-barang keperluan hari raya,gi ambik kuih kat rumah maklong, susun-susun,tengok kuih cukup ke tak, kemas rumah (yang ni lotih la jugak),sapu laman bagai.Ok, yang ni part paling best, pasang pelita! yeay!Sapa yang excited? Dan tentu la anak-anak bujang kesayangan saya tu... Sibuukkk nak tolong cucuk kayu kat tanah, tapi hasilnya? seperti yang dijangka, setelah kayu berjaya dipacakkan, ada tukang cabut. hehehehe
Tapi takper, itulah sebenarnya kemeriahan hari raya.Kecoh sana-sini. Makshu la paling superb sekali sebab dia tolong cat rumah. Caiyalah Makshu. larat tuh cat rumah atok.Kemaruk nak beraya punya pasal kan, sumer sanggup asalkan everybody Enjoy!
Contract pasang langsir pon makshu yang dapat lesen. So, mommy taklah banyak sangat wat kerja. kekkekeke...dapat dok relax sikit.
mmm..THe 2 Luqmans?? mmmm... masih lagi ghalit kat pelita tuh. Sibuk nak tologn tuang minyak gas bagai.OOPPPPSss.. Sorry, bab bab minyak gas ni tokleh main. Itu ker ja atok.So, dia tgk jela..
Isnin pagi, saya ngan mak pulun menganyam ketupat. Since kami orang Johor kan, of course ler wat Keptupat. Satu kemestian tuh. Kami anyam ketupat bawang, sate and ketupat pasar. Tapi tak berapa soxx sebab daun yang kitaorang beli tu pendek2. So,kena pandai2 la nak ngayam tuh.Tgahari setel.
Persiapan menjelang Syawal
Selasa pagi Kak Long n family sampai. Terus jer Kak Long ambik sumer ketupat2 tu, isi2 beras. mmmmm...bab bab isi ketupat ni sebenonya contract Kak Ayu, Tapi since dia dah tak balik Muorr, so, telah 'diambil-alih' oleh orang lain. hehhhe.. Hasilnya tak mengecewakan, memang sedap!
Mak decide untuk masak lauk raya a day before raya untuk tahun ni. Biasanya malam2 baru nak start masak. Penaatt.. So, tukar starategy. Masak awal-awal, malam kang boleh relax and tido awal. Esoknya, bangun dengan semangatnya nak g sembahyang raya.
THe whole day tuh, kami berkampung kat dapur.kkkeke.. seronok tuh. Yang paling tak tahan, Syafiq dah nangis2 mintak nak buka sebab tak tahan tengok lauk atok masak sedap sangat. hahahhah.. sian dia. yang conet-conet ni plak g minum air Dutch Lady berperisa coklat kat depan dia.. lagi laa member tak tahan. huhuhuhuhu..
Sampai waktu berbuka, mmm...ketupat, rendang, serunding, lodeh, sambal kacang, kari semua dah siap! huh.. cepat tul. Kami tak pernah lagi berbuka ngan lauk raya. 2008 is the first time.Masa tgah makan, semua diam jer.. hahhaha. lapo!
Malam Raya
dah start daa...bahang semakin terasa."SELAMAT HARI RAYA...AIDILFITRI MULIAA...NANANANA".Semua budak2 berkumpul nak main bunga api. Masaklahnya, bunga api tinggal secoet jerk. KItaorang budget Paklong bawak bunga api.. tapi tak.SO, main jela belen2 bunga api yang tinggal. Maklumla, Aqim and Azim dah main dulu
Amboi.. si kenit Azim pun sakan jugak... heheh.Cayang anak mommy!
Syawal 1,2008
yeay! dah raya...Mandi-mandi, terus pakai baju kaler biru. mmmm.tema kami tahun ni "classic" hehhee..konon2 nak kaler2 ala zaman dulu. macam citer pontianak harum sundala malam tuh. Haqim excited jer, tapi si Hazim Ya Allah... tammo bangun. Sabo jela..So, mommy tinggalkan ajer. Mommy pun g solat kat masjid..
Memang syahdu laa time lepaih sembahyang, salam-salam tuh. Nangis ..sob sob.. mintak ampun kat mak, and makshu. Sampai kat rumah sambung sesi bermaaf-maafan didahului dengan yang lebih tua, mak ,abah,kak long,abg long, mommy and mokhu. mokde ang makngah tahun ni takde masa sesi bermaaf-maafan nih.hmm..macma biasa lakan..Syahdu -mahdu.
Pastu, makan time! huishh... berselera betullah menikmati ketupat rendang tuh.. sedapnya. Bila teringat balik, uuu..best tul.nyum nyum nyumm!
Cukuplah dok kat kampung seminggu, buncit perut mommy jadiknya.kekkekek Nak wat camner.Tak tahan dengan godaanlah.ni ada gambo maklong sekeluarga
Ok. Sesi ziarah menziarahi pun bermula. Dimulai ngan rumah atok-atok sedara kat Muor tu. Seharian jugaklah kami berjalan.Bali krumah terus boom! titon. Ni masa kat rumah mokde kami.3 'dara pingitan' pakai baju kurung Pahang yang mak kami jahitkan..hhehehhe...sepesen jer.
Raya pertama ni, kami beraya sampai petang jer. Sebab dah tak larat, ngantuk beno.TV pun tak layan.
Syawal 2,2008
Kami semua pergi open hoise rumah sepupu kami Kak Noi.Juadahnya seb baik beza sikit dari rumah kami.So,ok la.Tapi tak ambik gambo la sebab tak cukup tangan layan si kenit tuh.
Sambung lagi beraya rumah2 sedara mara, haa... 2nd day kami beraya sampai kul 11 malam.hahahha..tak hengat nak balik.
Syawal 3,2008
Adik beradik dorang ni buat projek mega dalam bilik."Kira duit raya" amboi amboi...Memang boleh jadik accountant lah.
Aqim kata " eii.. mommy banyaknya! duit aqim ker sumer-sumer ni?" uissh..."bukan sumernya..share ngan adik la" excited depa tgk duit tuh..hahahhah..lawak tul!
Jumaat tu, kami tak kemana. Cuma ziarah sepupu kami jer. Kak Long dah nak balik ke KL petang. Ada sedara-mara yang datang.layan-layan, sampai la maghrib.Pastu, kami keluar lagi ziarah sepupu kami. oooii.. Cantik betullah rumahnya. Kagum saya.Envy sangat
Syawal 4,2008
sob sob... Tiba plak turn kami untuk balik KL. sedih je rasa.Tapi takper, Aqim pun pandai pujuk atok dia.."Atok!, Nanti Aqim balik lagi yer :)Aqim balik KL dulu..." kekekek.. (sebenonya atok mmg dah sedih,sebab rumah dah takde orang.)
Tapi semapt gak tunggu satu lagi tok sampai ke rumah kami.Tokcik.Dah makan2 bual2, petang jugak baru kami bertolak.Alhamdulillah sampai kat KL kul 8malam. (jem kat seghomban.huhuhuhu.. tensen) .. OK , nanti saya sambung plak ngan raya di KL.
till then, bye! mmuaaaahzzz..
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 24-Sep-2008 07:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
|
|
Assalamualaikum semua...... Pejam celik pejam celik sekejap jer dah nak sambut raya. Tentu semua mommies kat luar tu excited dan bersemangat buat persiapan raya kan?
beli baju raya- -> mesti nak sedondon kan? apa theme colour tahun ni?, collect kuih-muih yan dah diorder, (mmm... nyum nyum nyum), hias rumah cantik-cantik (especially yagn baru beli rumah tu:), dan macam-macam lagi la..Bagi kami, saya buat ala kadar jer. Janji meriah Yang peting, kita semua enjoy!!!
Tapi,sebelum menjelang hari yang kita tunggu-tunggu tu, jom laa kita sama-sama mengambil peluang untuk memanfaatkan bulan Ramadhan ni sebaik mungkin.Banyak sangat tawaran Allah bagi kat kita. Semoga kita buat yang terbaik...untuk kita jugak kan?
OKla, di kesempatan ni, saya mengambil peluang untuk memohon jutaan ampun dan maaf atas segala salah silap, silap kata, salah sangka, terkata,tercakap, termakan, terminum, termarah, macam2 ter lagi la kan...
SALAM LEBARAN dari kami sekeluarga. Semoga kita semua mendapat rahmat dariNYA.
Sapa yang nak drive tu, drive carefully ya! Sila-silalah datang beraya ke rumah kami ;P
|
|
|
|
|
|
| Monday, 8-Sep-2008 14:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
I am back!
|
|
Assalamualaikum,
Salam Ramadhan saya ucapkan pada semua.Puasa-puasa ni, eloklah kita mempergunakan peluang keemasan ini memperbaiki lagi diri kita dan menambahkan serta
meningkatkan kualiti ibadah seharian kita. InsyaAllah...
First of all, sorry sangat dah lama tak berhapdet fp mommyluqmans ni. Banyak masaklah teknikal. hehehe.Internet takder, so payah laa nak upload gambar.
Anyway, malam ni saya kuatkan semangat, compile sumer gambar yang ada. Pergi rumah makngah, nak tumpang internet access. TQ makngah!
Sepanjang June,July and August, alhamdulillah, kami ok-ok ajer. Cuma kekadang batuk dan selsema.Semoga anak mommy membesar jadik good boy ok Mata rasa mengantuk jer.
maklumler, cuaca dah dua hari ni sejuuk je. Memang sedap untuk 'titon'...Sempat jugak bawa haqim jalan2 kat Mid Valley.Dah penat dia round, mintak dokong.. Aduhh letih mommy.
Tapi yang penting kita ENJOY!
OK...tak banyak yang nak saya ceritakan, cuma nak upload jer gambar2 yang dah lama tertunggak ni
so, to all viewers, Enjoy ya!
Ini Izz Nuqman. Bertemakan Hawaian party bertempat di Rahman Putra Club Rawang.Memang party yang sempurna dan happening
Kedatangan clown menambah lagi keceriaan suasana.The final conclusion that I can make, semua mommy yang hadir party Hawaian ni sangat-sangat 'beautiful' belaka. Sama jer dengan anak-anaknya.
Yang ni plak gambar2 sekitar business function and motivational course di Casa Rachado. Memang manjalah sumer2 prticipant biler
dapat can bergambar guling-guling. heh heh
Lama dah tak upload aksi-aksi my heroes ni...Mommy korek-korek gambar lama. Sebab masa ni rambut Adik panjang...Mommy suker..Comey
Till we meet again!
|
|
|
|
|